Minggu, 19 Juni 2011

Proses Pembuatan Amplang


Amplang adalah sejenis makanan tradisi bagi penduduk negeri Sabah terutamanya bagi penduduk di pesisir pantai Tawau dan Sandakan . Ianya di usahakan secara kecil-kecilan oleh kaum wanita dari keluarga nelayan. Pada lazimnya amplang diproses dari isi ikan tenggiri.

Bahan-bahan Pemprosesan Amplang

Bahan-bahan Peratus
1 Isi Ikan 100
2 Tepung Kanji 100
3 Garam 2
4 Gula 2
5 Sodium bikarbonat 2.5
6 M.S.G. 0.3
7 Telur Ayam

Cara-cara Pemprosesan Amplang


Mengadun

Isi ikan yang telah diasingkan tulang diadun bersama tepung kanji, garam, gula dan lain-lain ramuan sehingga sebati dan membentuk doh.

Membentuk

Doh dibentuk ketulan besar seberat 500 gram berbentuk selinder, kemudian dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk selinder sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil, kemudian dipotong halus.

Memasak

Amplang yang telah siap dipotong halus-halus digoreng di dalam minyak yang banyak selama lebih kurang 30 minit sehingga benar-benar ranggup. Semasa menggoreng, produk hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak hangit.

Mengetos

Amplang yang telah siap digoreng, ditoskan untuk membuang sisa-sisa minyak.

Pembungkusan/Penyimpanan

Produk ini dibungkus dalam plastik kedap udara dan disimpan pada suhu bilik serta jauhkan daripada pancaran cahaya matahari dan selamat daripada serangan serangga.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar